Klik Sini untuk Soalan Interaktif


Dalam sudut ini, kita akan menumpukan segala masalah yang sering berkaitan dalam PMR Bahasa Malaysia.
Format Peperiksaan PMR Bahasa Melayu
1. Terbahagi kepada dua kertas, objektif dan subjektif.
2. Kertas Satu melibatkan 40 soalan objektif untuk menguji pelajar dari segi tatabahasa dan sastera. Terdapat:
* 7 soalan berdasarkan pengetahuan perkataan
* 7 soalan mencari kesalahan ayat
* 3 soalan mengenai penggunaan sesuatu perkataan dalam ayat
* 4 soalan mengenai ayat yang sesuai menggantikan ayat bergaris
* 3 soalan mengenai jawapan yang sesuai menggantikan ayat diberi
* 3 soalan mencari ayat yang betul
* 3 soalan berdasarkan peribahasa
* 10 soalan sastera
3.Kertas dua pula mengandungi 4 bahagian iaitu:
* Bahagian A(i) : Ringkasan, 20 markah
* Bahagian A(ii) : 3 soalan berdasarkan petikan ringkasan, soalan pertama menanyakan maksud rangkai kata, soalan kedua menanyakan soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan dan soalan ketiga menanyakan soalan berdasarkan pendapat pelajar, 10 markah
* Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan/Gambar, 20 markah
* Bahagian C : Karangan Pilihan, pelajar perlu memilih salah satu tajuk daripada lima tajuk yang diberikan dan membuat karangan lengkap melebihi 180 patah perkataan, pelajar digalakkan untuk mendapat seberapa banyak markah yang boleh untuk bahagian ini kerana markahnya yang sangat tinggi, 40 markah
* Bahagian D : Karangan Novel, 10 markah

Novel-novel yang dipelajari pada Tahap PMR:
* Meniti Kaca
* Anak Din Biola
* Aku Anak Timur
* Limpahan Darah di Sungai Semur
* Pahlawan Pasir Salak
* Timulak Kapal Perang
* Tragedi Empat Disember
* Kapten Hassan Wira Bangsa
* Panas Salju
* Ekspedisi
* Kanang: Cerita Seorang Pahlawan
* Merdeka! Merdeka!
Nota : Hanya 3 novel sahaja yang dipelajari (1 novel untuk 1 sesi) dan dibahagikan mengikut zon-zon. Dalam perbincangan kita, kita akan meninjau novel-novel:
  • Tingkatan 1 – Meniti Kaca
  • Tingkatan 2 – Pahlawan Pasir Salak
  • Tingkatan 3 – Panas Salju
Antologi-antalogi (kumpulan karya sastera) yang dipelajari pada Tahap PMR:
* Sehijau Warna Daun – Tingkatan 1
* Seuntai Kata Untuk Dirasa – Tingkatan 2
* Anak Bumi Tercinta – Tingkatan 3
Hasil tambah kedua-kedua kertas ialah 40 + 100 = 140 (markah penuh)

Hasil Tambah Markah Pelajar/140 X 100 = Markah Sebenar Pelajar

Contoh Karangan PMR



Remaja yang berakhlak mulia pastinya disayangi dan mudah diterima oleh kawan. Oleh sebab itu, berikut ialah kriteria remaja yang berakhlak mulia.
Remaja yang berakhlak mulia mestilah pandai menjaga kekemasan diri. Oleh sebab itu, remaja mestilah berpakaian kemas. Dengan cara ini, mudahlah kita berkawa dengan sesiapa.
Selain itu, remaja juga mestilah mengamalkan sikap bersopan santun. Sebagai contoh, apabila melihat nenek tua melintas jalan yang sibuk, kita mestilah memimpin tangannya. Dengan ini, kita dapat menjadi remaja yang berakhlak mulia dan berjiwa penyayang.
Di samping itu, remaja mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pada masa yang sama, remaja mestilah menghormati ibu bapa dan sesiapa sahaja yang lebih tua daripada kita. Dengan cara ini, kita dalam menjadi modan insan yang berdisiplin.
Kesimpulannya, remaja yang berakhlak mulia memainkan peranan penting untuk memimpin negara kelak. Oleh sebab itu, nilai-nilai murni mestilah diamalkan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Dari laman Cikgu Tan